Thursday, 30 April 2015

Short Gateway - Lumut and Pulau Pangkor

May 2014

Alhamdulillah selamat sampai di kg halaman... lama betul x balik kg..long weekend di Kg mmg ditunggu2.. dah macam2 plan nak kesana kesini. Memalam jumaat yg tenang and kids pon dah tido, tetiber  terasa nak update entry. Kali ni nak cerita pasal Lumut & Pangkor. Actually kami ke lumut/pangkor last year bulan Mei. Kire cam short gateway la..

Nak dijadikan cite, mr Hubby dapat voucher free 2D1N di  Swiss Garden Damai Laut, Lumut. So we all decide jjcm lumut la weekend tu memandangkan kami tak pernah sampai Lumut and Pangkor.

Kalau ada sesiapa nak ke Pulau Pangkor/Lumut korang boleh cuba tips & tricks ini.Sharing is caring;

  1. Perjalanan ke KL- Lumut lebih kurang 3jam, laluan Sabak Bernam. Jimat sebab tak ada tol dan boleh JJCM sekali di area Kuala Selangor.So kami singgah brunch (breakfast + Lunch) di Cendol Bakar.
    Cendol Bakar Kuala Selangor
  2. Bagi yang ingin melakukan aktiviti mandi laut, bolehlah menginap di Pulau Pangkor. byk hotel2/chalet2 menarik, Tambang feri ke Pulau Pangkor (return ticket) Adult RM10, kid RM5
  3. Bagi yang ingin ambil angin dan cuci-cuci mata sahaja, disarankan menginap di Lumut.
  4. Terdapat banyak kedai makan seafood yang best-best area Lumut. Kami cadangkan bagi makan malam di Lumut, cari kedai seafood Nasa. Kalu korang menginap di Pangkor bolehla try makan di tepian pantai di Teluk Nipah,byk kedai makanan thai best mlm2 dengan angin sepoi2.
  5. Perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor ada  kereta dan motor. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak request Scooter RM40 sehari pon boleh.Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu untuk ke chalet yang dah dibooking. Caj berlainan (RM15-20)#lepas GST ni x sure la plak.
  6. Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Bolehla rancang jadual korang sebaiknya..
Ini pula cerita kami sepanjang di lumut dan Pangkor. kami bermalam di Swiss Garden, Damai Laut 1 mlm dan keessokkan kami ke Pulau Pangkor menginap di Nipah Guest House 1 mlm.


Swiss Garden Damai Laut

Splash time!!.... ( Swiss Garden Damai Laut)
Nipah Guest House, Pulau Pangkor

 Pool can used anytime 24hrs ( anak2 tido ibu terjun pool sambil teman ayah kerje )

American breakfast-self service


*mengamokk sebb x nak balik lagi..x puas lagi mandi laut.. hehe ok2 next time kita dpt lagi in shaa Allah...*

For enquiries and booking please call:

Anuar Abd Razak
017-5069259

E-mail: nipah.guesthouse@gmail.com

Room Rates

A-Frame Cottage (Max 2 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM120.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM150.00 per unit/night
  • Peak Season: RM180.00 per unit/night
  • Available 4 units

Deluxe Chalet (Max 3 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM150.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM180.00 per unit/night
  • Peak Season: RM210.00 per unit/night
  • Available 2 units

Tower Cottage (Max 3 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM180.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM210.00 per unit/night
  • Peak Season: RM240.00 per unit/night
  • Available 1 unit

Guesthouse (Up to 6 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM300.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM350.00 per unit/night
  • Peak Season: RM400.00 per unit/night
  • Available 1 unit
** DIY home breakfast is included in the room rate.












 


Tuesday, 28 April 2015

Ke Sarawak Ke Kita ? Part 2

After breakfast seawal jam 8.30 pag, kami dah mulakan tour Kuching, First kami dibawa ke Muzium Kuching yang terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. wahhhhhhhhhh.. mmg dr KL lg saya asyik ckp kt Mr. Hubby nk g muzium nie.. akhirnyaaa.. yes!!!!!Tiada bayaran d kenakan tuk masuk muzium nie yek... hik3..mengenai kucing, fakta psal kucing, gambr kucing, replika kucing pn ader tau.. keh3.... so saper2 yg xsuka kucing.. lupakankan hasratmu itu..
with Bff di Muzium Kuching



Muzium Kuching

Then kami ke kedai kristal, kilang tikar sarawak, kedai lada hitam. lastly shopping area water front.
settle shopping balik ke hotel rehat n tidoo. badan pon penat.Esoknya last day kami di Kuching, hanya sempat ke Pasar Satok membeli ikan terubuk dan jalan2 sekitar waterfront. Pkul 2 kami dah gerak ke airport, flight balik jam 5.30 ptg....bye2 Kuching!.. next trip ke mana kita??...

Pasar Satok (Ikan Terubuk)
Waterfront

Kilang Lada Hitam



Ke Sarawak Ke Kita ? Part 1

 Part 1

Actually vacation kali double triple happy sebab dapat bercuti bersama2 keluarga ke Kuching, Sarawak!! on 16-18 Dec 2014. Kira2 30 org yg join percutian ni termasukla Ma, Bak, abang2, kakak2, and anak2 buah fuhh mmg meriah..seronot sgt!  Percutian 3 hari 2 malam ke Kuching nih, kami dah rancang dengan baik sebelum pegi. Saya dan suami dah buat survey ke beberapa tempat menarik sekitar Kuching.
Timbang sebelum...


Jam 4.30 pagi kami dah bertolak ke KLIA2, memandangkan flight kami jam 7.30pagi. 1st. time ke Sarawak dan tiba 9.45 pg dah sampai Kuching Int. Airport. Kami dijemput oleh tuanpunya Kereta Sewa tepat pada masa... we salute you Mr. Alami! Bagi sesiapa yg nk sewa kereta sekali ngn driver boleh contact Mr. Alami.... Saya kenal dia melalui internet jer... contact & set time!.

dalam lift pon dah excited sesorang hehe..
@KLIA2
Lepas breakfast di Coffe O Corner, kami  terus check-in di Ariva Gateway, Kuching. Simpan luagage, solat jamak then teruskan tour kuching sampai mlm. Hotel ni best, sesuai sgt dgn kami yg ramai ni,  so kami booking 3 apartment 2 room , harusla bilik ma n bak tempat kami berkumpul sentiasa... dimana ada Ma, disitula kami lepak bersama...weeeee.

first time rasa mee kolok, best sampai mr hubby pagi
ptg mkn mee kolok ! hehe
Coffee'O'Corner Cafe



Sebelah petang kami dibawa ke Sarawak Cultural Village,   rasanye x lengkap vacation ni kalu tidak ke Sarawak Cultural Village. fee for adult RM 55 and kids RM30. Perjalanan hampir 1 jam ke santubong dimana terletaknya Sarawak Cultural Village.

Anak2 Santubong.. Kenangan Terindah


Rumah Bidayuh, Sarawak Cultural Village

Ada jalan darat nak juga naik titi gayat ni..

Persembahan kebudayaan Sarawak.. mmg best!!

It's shopping time..Then kami ke Zaharah Kek Lapis, try n order, nanti pihak Zaharah akan hantar order kami terus ke hotel hari sebelum kami pulang. Kek ni mmg sedap n puas hati beli maybe kek tu masih baru.. emmm teringat2 plak kek lapis itueeew. lepas tu kitaorg terus dinner n balik hotel rehat..






Lunchon @Purple Toast Kopitiam, Quill City Mall

If you’re into fusion food, you’ll probably like Purple Toast Kopitiam, Quill City Mall. Yes i'm food lover!.camne tak gemokkk..tapi serius tempat ni best @Purple Toast Kopitiam.



 These are some of the dishes I managed to lunch today. Assam Laksa Spaghetti, RM13.90. Now, this is probably one item on the menu that is a must try if you like fusion food. One set with ice cream + ais lemon tea. so nyummeh...





Satu lg.. u olls kena try purple toast ni, kelainan menu yg tak ada kat tempat lain... see roti pon purple.

Monday, 27 April 2015

My First Post !

Alhamdulillah hari ini berjaya juga aku create new blog ..ini first post! haha cam tak percaya je terjebak dengan dunia blogger. Jadi dengan ini rasmilah blog ikitakamu@blogsport.com berada di pentas online bagi memeriahkan lagi dunia blogging Malaysia.
 
Pening juga kepala untuk memilih nama domain untuk blog ini. Rasanya senang lagi nak cari nama anak. Nama anak banyak panduan yang ada tunggu nak pilih nama mana yang sesuai dan mempunyai maksud yang baik. Beberapa nama telah dipilih dan disenaraikan untuk mencari nama domain yang terbaik pada pendapat aku sendiri.

actually minat nak blogger ni dah lama ada.. cume tak kesempatan .. tp skrg pon buzy juga.. so tujuan sbnr wujudnya blog ini untuk rujukan sendiri akan dtg, untuk tatapan anak2 nanti.. untuk sesiapa sahaja... so di blog ini  sy seronot story mory apa2 saje berkenaan dgn familys, kids, traveling &  jjcm..

i'm mom to two adorable but very active boys, wife,  working mom and blogger . My life is full, busy, often crazy but syukur alhamdulillah dengan rezeki yg diberikan..

okey la.. tgula bila2 free nanti sy update lg ape2 yg  menarik....bye..