Saturday, 26 September 2015

Vietnam 2015 : Shopping time!!

Baru-baru ni sempatlah saya bercuti di Ho Chi Minh Vietnam (13-15 Sept 2015) bersama husband dan rakan-rakan. Actually plan awal mmg nak pergi berdua dengan business partner azie, tapi memangdangkan keadaan kesihatan saya ni terpaksala bawa mr husnd sekali and Azie bawa ibu , abah dan suaminya..Memang niat hati kesana nak membeli  belah dan cari peluang untuk business nanti. Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang dah pernah ke sana iaitu Vietnam merupakan pusat membeli belah baju kurung yang dah siap dan belum siap serta kain-kain cotton yang cantik-cantik.
So apa lagi, jom shopping di Vietnam!!

En Husband, ibu and abah Azie dah sampai airport Tan Son Nhat sejam lebih awal dari kami lebih kurang 12.10PM, kemudian kami terus  ambil taxi ke hotel Hoang Hai Loang 2. Saya suka menginap di  Hoang Hai Long 2 Hotel kerana lokasi yang amat menarik kerana berhadapan dengan kedai makan HALAL - Hjh Basiroh, berdekatan dengan Pasar market Ben Thanh dan dekat  sangat night market Ben Thanh (  3 min jalan kaki ).
 



Sampai aje hotel kemas dan keluarkan barang-barang dari beg dan berehat sekejap, lepas tu apa lagi, pergi cari tempat makan lah. Kalu stay area sini merata-rata kedai makan halal, mmg tak susahla nak cari makan. Perut dah bunyik2, hari pertama kami  masuk restoran Hajah Basiroh. Kiranya restoran ni famous jugak dikalangan orang Malaysia dan menu sudah semestinya PHO...sesiapa yang ke HCM jgn lupa rasa beef noodle pho ni satu kemestian..sedap wooo....

Selepas menjamu selera, kami singgah menyinggah untuk bershopping, kiranya first day ni kami lebih survey harga dan tempat, semua kami jenguk Jamilah, Ramlah, Rohani, Minh Collection and Pasar Ben Tanh .Kami sempat juga ke Saigon Square semuanye walking distance aje..hehehe. Malam pertama disini dah berplastik kami shopping t-shirt hard rock lelong depan hotel  and beg dueter yg sangat berbaloi harganya. Seronok jugak shopping di Night Market Ben Thanh ni.


Berhadapan dengan hotel ada kopi vietnam yg sangat sedap ooze kopi, RM3 segelas.. setiap kali nak naik hotel wajib beli bekal minum kat bilik.. hehe...




to be continue ...

No comments:

Post a Comment