Thursday 24 September 2015

Alhamdulillah 3rd Pregnancy, welcome to Adik Baby


Assalamualaikum.. lamanya menyepi dari sebarang activiti blogger ni bukan apa... sebab memang tak lalu nak ngadap lappy, nak tgk tab/hp pon malas... kerana symptoms 'Penyakit M'... balik keje terus melepek tak bermaya... but..



Syukur Alhamdulillah now dah masuk 2nd trimester dah makin kuat dan makin berselera makan, mungkin ada antara anda yang dah tahu. Sekarang ni dah masuk #22weekspregnant anak kami yang ketiga.

Genap anak kedua kami Hazim berumur 4 tahun, Allah kurniakan hadiah yang sangat berharga ini buat keluarga kami. Sujud syukur kepada Allah.

Kalau mengikut Estimated Due Date (EDD), InsyaAllah, tarikh kelahiran adik baby ialah pada 2 Feb 2016.

Tapi kalau ikut past experiences, Hafiz dan Hazim lahir awal 3 minggu lebih daripada due date. Apa-apa pun, mohon sahabat semua doakan agar Allah tentukan waktu yang terbaik untuk kami yer :)

No comments:

Post a Comment