Wednesday 20 May 2015

Kek Gula Hangus noxxa

Bahan-bahan Untuk Gula Hangus:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu besar mentega

Cara Membuat Gula Hangus:
1. Masukkan gula pasir dan dan gula perang di dalam periuk. 
 Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih.
Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit, dan gelap sikit. Kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. 
 Berhati-hati dengan percikan gula panas. 
Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan 1  sudu besar mentega dan kacau lagi sehingga mentega mesra dan mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Bahan-bahan Untuk Kek:
1 sudu esen vanilla
1 cawan susu manis
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
2 sdk soda bikabonat 
*1 cawan tepung gandum – sy guna superfine
*1 sudu teh soda bikarbonat
* Disatukan dan diayak

Cara Membuat Adunan Kek:

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang.  
Bila telah kembang, masukkan 1 cawan susu pekat manis, dan kacau rata.

2.  Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat
 sedikit-sedikit dan perlahan-lahan dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.
4. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan esen vanilla, dan kacau rata.

5. Bila telah digaul rata, tuang dalam bekas bertutup.
Tutup 2 – 3 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.
.  Masukkan kertas minyak di dalam periuk.  
Tuang bancuhan kek ke atas kertas minyak tadi. 
3.  Tekan fungsi `STEAM’ 20m minit  dan tekan `On’. Tutup periuk dan set cap pada steam.

1 comment: