Wednesday, 27 May 2015

Nasi Arab Kabsa Noxxa

Nasi Arab  Kabsah Noxxa - (rempah Durra)

NASI ARAB
Bahan-bahan:
2 sdb minyak sapi
1 bawang besar holland - potong dadu
1 biji tomato
2 sdb rempah kabsa (Durra)
1 kuib ayam
1 sdb garam
1 kg beras basmati Pusa
1.4 liter air
1 paket kecil rempah tumis
3 helai daun rempah tumis ( bay leaves)
sedikit saffron


cara:
1. tekan stir fry fry dan on. Masukkan minyak sapi, kemudian tumiskan bahan tumis dan bawang besar, masak sampai garing, masukkan rempah kabsa, kuib ayam dan saffron,kemudian masukkan bay leaves, tomato, air dan garam. akhir sekali masukkan beras

2. Tutup periuk dan tekan off. Tekan butang high pressure dan set selama 7 mint  dan tekan butang on. sudah masak off

SALSA
Bahan-bahan:
1 bawang besar
2 pokok ketumbar
5 cili padi
2 biji tomato
sebiji perahan lemon
 1sdb garam
5sdb gula
Cara : kisar semuanya

SALAD ARAB
1-2 biji timun jepun dipotong dadu
1-2 biji tomato dipotong dadu
1/2 perahan lemon
garam-lada hitam secukup rasa

AYAM BAKAR
1sdb mixed spice
1/2 serbuk kunyit
1 sdb steak spice
1sdb lada hitam
2 sdb tomato sos
1 kiub ayam maggi
1 sdb sos tiram
1sdb kicap cair kipas udang
4 ketul paha ayam
Cara:
1. Masukkan paha ayam dalam bekas dan campurkan semua bahan perapan dan gaul hingga sebati. Perap ayam lebih dari 1 jam. Susun ayam dalam periuk, tuangkan lebihan perapan tadi ke dalam periuk . Tutup penutup dan tombol ke arah pressure.

2. Set selama 7 min ke butang  high pressure dan tekan butang on
Selepas masak tekan butang off,  buangkan wap dan buka penutup.

3.Tukar pada stir fry, dan balik-balikan ayam sampai bertukar warna kekuning2an
dan air disejat kering. Nanti ayam akan bertukar ke kuningan dan effect caramelized disitu.

Hidangan ini untuk satu family (5-6  org ) siap... selamat menjamu selera

Ada jual di Aroma Hijrah TTDI
Bay Leaves







Nasi Arab Kabsa

 
 
Ayam Bakar
Salsa

Salad







No comments:

Post a Comment