Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Saturday, 26 September 2015

Vietnam 2015 : Shopping time!!

Baru-baru ni sempatlah saya bercuti di Ho Chi Minh Vietnam (13-15 Sept 2015) bersama husband dan rakan-rakan. Actually plan awal mmg nak pergi berdua dengan business partner azie, tapi memangdangkan keadaan kesihatan saya ni terpaksala bawa mr husnd sekali and Azie bawa ibu , abah dan suaminya..Memang niat hati kesana nak membeli  belah dan cari peluang untuk business nanti. Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang dah pernah ke sana iaitu Vietnam merupakan pusat membeli belah baju kurung yang dah siap dan belum siap serta kain-kain cotton yang cantik-cantik.
So apa lagi, jom shopping di Vietnam!!

En Husband, ibu and abah Azie dah sampai airport Tan Son Nhat sejam lebih awal dari kami lebih kurang 12.10PM, kemudian kami terus  ambil taxi ke hotel Hoang Hai Loang 2. Saya suka menginap di  Hoang Hai Long 2 Hotel kerana lokasi yang amat menarik kerana berhadapan dengan kedai makan HALAL - Hjh Basiroh, berdekatan dengan Pasar market Ben Thanh dan dekat  sangat night market Ben Thanh (  3 min jalan kaki ).
 



Sampai aje hotel kemas dan keluarkan barang-barang dari beg dan berehat sekejap, lepas tu apa lagi, pergi cari tempat makan lah. Kalu stay area sini merata-rata kedai makan halal, mmg tak susahla nak cari makan. Perut dah bunyik2, hari pertama kami  masuk restoran Hajah Basiroh. Kiranya restoran ni famous jugak dikalangan orang Malaysia dan menu sudah semestinya PHO...sesiapa yang ke HCM jgn lupa rasa beef noodle pho ni satu kemestian..sedap wooo....

Selepas menjamu selera, kami singgah menyinggah untuk bershopping, kiranya first day ni kami lebih survey harga dan tempat, semua kami jenguk Jamilah, Ramlah, Rohani, Minh Collection and Pasar Ben Tanh .Kami sempat juga ke Saigon Square semuanye walking distance aje..hehehe. Malam pertama disini dah berplastik kami shopping t-shirt hard rock lelong depan hotel  and beg dueter yg sangat berbaloi harganya. Seronok jugak shopping di Night Market Ben Thanh ni.


Berhadapan dengan hotel ada kopi vietnam yg sangat sedap ooze kopi, RM3 segelas.. setiap kali nak naik hotel wajib beli bekal minum kat bilik.. hehe...




to be continue ...

Wednesday, 6 May 2015

Bersantai di Impiana Resort Cherating

 Yahooo....we have long weekend this week.. Cuti labour day and Wesak day + take annual leave 2 days makanya jadila cuti yang panjang dan menyeronotkan.. so we plan nak balik kampung halaman.jjcm dan lain2.. exciteddd okeyy..

Actually kami memang ada plan nak singgah di Cherating time otw balik KL, tapi hati berbelah bagi nak pergi or tak.. maklumla seronot sangat kat Kampung + dengan penat jadi mood nak bercuti kelaut la. So kami kemas/pack barang cam biasa dan gerak balik around 10 a.m, dalam perjlanan  balik kami singgah mkn satar di Warung Aziz Satar yg glamor tu. tibe2 en husband dpt mesej dari few friends yg jalan balik ke KL dah start jem.. apa lagi kami terus decided bermalam je di Cherating ..wah wah wah.. Yesss Impiana here we come!!!...tetiba terus excitedd... apalagi terus tapau satar banyak konon nak makan tepi pantai.

      


kami dah buat call booking, so murahla lg.. kalu dan2 tu gak baru nak booking 300++ juga ..huhu nasib baik!. kat Impiana ni byk room type, suite2 price dr RM200 - RM1200 terpulang kat  budget uolls.. lagi mahal lagi beso and lg lawa la biliknya..

Impiana Resort Cherating ni berkonsepkan tradisional...dari bangunan sampai la ke persekitaran nya...classic sungguh rasanya...kawasan hotel bersih.

Lobby.. Cantik kan..
Lobby lagi...



Alhamdulillah... kami sgt berpuas hati dgn service / layanan yang diberikan di kaunter lobby, kami dapat checkin awal.. around 11.30 am kami sampai and bilik pon dah ready...tp cuaca kat luar panass sgt so kami rehat2 tido2 dulu... kids dah excited sgt dah bila nampak pool n pantai...

Deluxe Room (Angsana Suite)


bukan main seronot menyembang, excitedd nak mandi pool







Sememangnya kids sgt enjoy.. ibu n ayah pon happy sama...mmg tujuan kami ke sini hanya untuk lepak2..santai2..relax2.. mmg best.. mandi laut..then terjun pool..then ke pantai balik..  jarak antara pantai dengan hotel sgt2 dekat lebih kurang 100meter.. yg bestnya impiana ni ada private beach, that why tu pantainye terjaga dan sgt  bersih...

untuk dinner mlmnya sy contact one of my best friend time kat maresma KT, Dina.. she stay around Kemaman.. mmg dah lama sangat tidak ketemu.. jadi kitaorg plan dinner sama2. Dan mmg ni kawasan dia so dia tau la mana nak mkn best2 n murah!!.. kami janji jumpa kat Petron, Geliga tak jauh dr Impiana Resort lebih kurang 10 mins.. then baru kami ke restoren Monica Bay, Kemaman
yang menghidangkan masakan thai yg superb sedap!



Kedai Kopi dimana tempat for breakfast .. overall hotel 4* mmg bestla mkn.. banyak pilihan..



Bye2 Cherating...jumpa lagi next time..


 IMPIANA RESORT CHERATING
KM 32 Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Pahang Darul Makmur,
Malaysia

nak booking, boleh ke website ini : http://cheratinghotels.impiana.com.my/ 
ataupun call ke no TEL: +60 (9) 581 9000 TOLL FREE: 1800 88 8828










Kundasang, Kota Kinabalu & Manukan Island Trip - Part 2


Part 2

27 September 2014

Hari yang paling excited.. Hari ni kami plan ke Manukan Island.. after breakfast kami terus ke jeti Jesselton yg tidak jauh dr hotel kami menginap.

Kos tambang bot + snorkeling di Pulau Manukan
  • Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00 ( umor 2 tahun ke bawah free cuma bayar jetty fee dan island fee saje)
  • Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
  • Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
  • Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah bersama, nak berkelah bersama keluarga sangat sesuai disini. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK. Selain Pulau Manukan, kita boleh ke Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Gugusan pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan dan menjadi tumpuan pelancong.

Bestnya hari tu kami bersnorkeling, kids plak mandi2 sampai main pasir pantai.. diorg sgt enjoy... mmg x puas pon walau seharian kat manukan island tu. Kami dah siap2 tapau food,so boleh mkn, mandi, makan, mandi...







Sunday, 3 May 2015

Kundasang, Kota Kinabalu & Manukan Island Trip - Part 1

Assalamualaikum...

Entry kali ni menceritakan ttg trip ke Sabah. Actually kami ke Sabah beberapa bulan lepas, tarikhnya 25-28 September 2014 with our besties, Sheila and families... Kami first time bercuti sama2 & ini merupakan percutian pertama kami ke Sabah!!..Jadinya, percutian ini memang amat-amat dinantikan  dah tentu-tentu la excited..

25 September 2014

Flight kami seawal 9.30 pagi, we decide park our car at Putrajaya Sentral, ambil erl to KLIA2, lebih jimat n mudah. Tiba di Kota Kinabalu Airport, disambut oleh pihak Kereta Sewa SABAH.
So kami just sewa kereta proton saga yg boleh muatkan 7 org ( 4 adults n 3 kids) cukup selesa buat kami menjelajah Kundasang - Kota Kinabalu selama 4D3N.
  • Tiba di airport Kota Kinabalu & breakfast kami terus bertolak ke Kundasang ( kami hanya menggunakan waze direct dr KK - Kundasang ), perjalanan mengambil masa lebih kurang 2.30hrs, view yang sangat cantik, sejuk, kebanyakkan tempat diselubungi awan.
  • Singgah cuci mata di Pekan Nabalu - tips bolehla beli ole2 disini ( lebih murah berbanding di pasar Philippine, KK.)
  • Tiba & Check in di TM Resort, Kundasang dan rehat. ( boleh nampak view Gunung Kinabalu yg sgt damai n cantik!!)

  • dinner time ! hasil google n our friends mencadangkan makan bihun sup yg sgt sedap/glamor di Kundasang ( Intan's Restoran & Cafe, Kundasang - berdekatan roundabout Pekan kundasang), seriously yess Bihun sup tu sgt2 sedap, recommended!!...  after dinner we all pusing2 pekan kundasang n balik tido!!..




26 September 2014

Second day kami di Sabah, seawal 7.00 pagi kami breakfast beranda bilik sambil menikmati view Kundasang yg sgt2 cantik, sejuk, bilik  Sheila bersebelahan dgn bilik kami so sambil borak2 sambil plan tour untuk hari tu..
  • Tour bermula dengan melawat Desa Dairy Farm, Kundasang
    Fee Desa Dairy Farm: RM4 per person
    Di Desa Dairy Farm wajib try ice cream, alhamdulillah sgt sedap, masih teringat2 kesedapan sampai ke hari ini...then barula activity snap2 gambar wajib tau hehe!!..

  • kemudian kami bertolak ke Kota Kinabalu, singgah cuci mata kali kedua di Pekan Nabalu
  • Singgah di Menara Tinjau Gunung Kinabalu ( tempat org nak mendaki gunung kinabalu), then kami ke Rumah Terbalik ( semuanya barang2 terbalik...kecuali toilet /cafe. Sampai di KK, kami lunch and check in di Hotel  Shangri-La  Kota Kinabalu ( government rate + buffet breakfast ) sgt selesa n berbaloi. then after Pusing2 bandar KK, cari port sesuai untuk dinner, harusla aim utama seafood. Sabah sgt  kaya dgn seafood yg byk/murah.

  • It's shoppim time!!... pasar malam di KK dibuka setiap hari,meriah , sinila jika mencari mutiara..kristal , ole2,  kuih cincin  pricenya jauh lebih murah dibandingkan dgn Pasar Philiphine.
  • Balik Hotel we all celebrate besday surprise  buat Mr Hubby, siap invite sheila n families join sekali.. of course kids yg paling excited.!! 


Thursday, 30 April 2015

Short Gateway - Lumut and Pulau Pangkor

May 2014

Alhamdulillah selamat sampai di kg halaman... lama betul x balik kg..long weekend di Kg mmg ditunggu2.. dah macam2 plan nak kesana kesini. Memalam jumaat yg tenang and kids pon dah tido, tetiber  terasa nak update entry. Kali ni nak cerita pasal Lumut & Pangkor. Actually kami ke lumut/pangkor last year bulan Mei. Kire cam short gateway la..

Nak dijadikan cite, mr Hubby dapat voucher free 2D1N di  Swiss Garden Damai Laut, Lumut. So we all decide jjcm lumut la weekend tu memandangkan kami tak pernah sampai Lumut and Pangkor.

Kalau ada sesiapa nak ke Pulau Pangkor/Lumut korang boleh cuba tips & tricks ini.Sharing is caring;

  1. Perjalanan ke KL- Lumut lebih kurang 3jam, laluan Sabak Bernam. Jimat sebab tak ada tol dan boleh JJCM sekali di area Kuala Selangor.So kami singgah brunch (breakfast + Lunch) di Cendol Bakar.
    Cendol Bakar Kuala Selangor
  2. Bagi yang ingin melakukan aktiviti mandi laut, bolehlah menginap di Pulau Pangkor. byk hotel2/chalet2 menarik, Tambang feri ke Pulau Pangkor (return ticket) Adult RM10, kid RM5
  3. Bagi yang ingin ambil angin dan cuci-cuci mata sahaja, disarankan menginap di Lumut.
  4. Terdapat banyak kedai makan seafood yang best-best area Lumut. Kami cadangkan bagi makan malam di Lumut, cari kedai seafood Nasa. Kalu korang menginap di Pangkor bolehla try makan di tepian pantai di Teluk Nipah,byk kedai makanan thai best mlm2 dengan angin sepoi2.
  5. Perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor ada  kereta dan motor. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak request Scooter RM40 sehari pon boleh.Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu untuk ke chalet yang dah dibooking. Caj berlainan (RM15-20)#lepas GST ni x sure la plak.
  6. Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Bolehla rancang jadual korang sebaiknya..
Ini pula cerita kami sepanjang di lumut dan Pangkor. kami bermalam di Swiss Garden, Damai Laut 1 mlm dan keessokkan kami ke Pulau Pangkor menginap di Nipah Guest House 1 mlm.


Swiss Garden Damai Laut

Splash time!!.... ( Swiss Garden Damai Laut)
Nipah Guest House, Pulau Pangkor

 Pool can used anytime 24hrs ( anak2 tido ibu terjun pool sambil teman ayah kerje )

American breakfast-self service


*mengamokk sebb x nak balik lagi..x puas lagi mandi laut.. hehe ok2 next time kita dpt lagi in shaa Allah...*

For enquiries and booking please call:

Anuar Abd Razak
017-5069259

E-mail: nipah.guesthouse@gmail.com

Room Rates

A-Frame Cottage (Max 2 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM120.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM150.00 per unit/night
  • Peak Season: RM180.00 per unit/night
  • Available 4 units

Deluxe Chalet (Max 3 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM150.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM180.00 per unit/night
  • Peak Season: RM210.00 per unit/night
  • Available 2 units

Tower Cottage (Max 3 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM180.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM210.00 per unit/night
  • Peak Season: RM240.00 per unit/night
  • Available 1 unit

Guesthouse (Up to 6 person including children)

  • Sunday – Thursday: RM300.00 per unit/night
  • Friday, Saturday & School Holiday: RM350.00 per unit/night
  • Peak Season: RM400.00 per unit/night
  • Available 1 unit
** DIY home breakfast is included in the room rate.