So apa lagi, jom shopping di Vietnam!!
En Husband, ibu and abah Azie dah sampai airport Tan Son Nhat sejam lebih awal dari kami lebih kurang 12.10PM, kemudian kami terus ambil taxi ke hotel Hoang Hai Loang 2. Saya suka menginap di Hoang Hai Long 2 Hotel kerana lokasi yang amat menarik kerana berhadapan dengan kedai makan HALAL - Hjh Basiroh, berdekatan dengan Pasar market Ben Thanh dan dekat sangat night market Ben Thanh ( 3 min jalan kaki ).
Selepas menjamu selera, kami singgah menyinggah untuk bershopping, kiranya first day ni kami lebih survey harga dan tempat, semua kami jenguk Jamilah, Ramlah, Rohani, Minh Collection and Pasar Ben Tanh .Kami sempat juga ke Saigon Square semuanye walking distance aje..hehehe. Malam pertama disini dah berplastik kami shopping t-shirt hard rock lelong depan hotel and beg dueter yg sangat berbaloi harganya. Seronok jugak shopping di Night Market Ben Thanh ni.
Berhadapan dengan hotel ada kopi vietnam yg sangat sedap ooze kopi, RM3 segelas.. setiap kali nak naik hotel wajib beli bekal minum kat bilik.. hehe...
to be continue ...