Saturday, 26 September 2015

Vietnam 2015 : Shopping time!!

Baru-baru ni sempatlah saya bercuti di Ho Chi Minh Vietnam (13-15 Sept 2015) bersama husband dan rakan-rakan. Actually plan awal mmg nak pergi berdua dengan business partner azie, tapi memangdangkan keadaan kesihatan saya ni terpaksala bawa mr husnd sekali and Azie bawa ibu , abah dan suaminya..Memang niat hati kesana nak membeli  belah dan cari peluang untuk business nanti. Saya diberitahu oleh rakan-rakan yang dah pernah ke sana iaitu Vietnam merupakan pusat membeli belah baju kurung yang dah siap dan belum siap serta kain-kain cotton yang cantik-cantik.
So apa lagi, jom shopping di Vietnam!!

En Husband, ibu and abah Azie dah sampai airport Tan Son Nhat sejam lebih awal dari kami lebih kurang 12.10PM, kemudian kami terus  ambil taxi ke hotel Hoang Hai Loang 2. Saya suka menginap di  Hoang Hai Long 2 Hotel kerana lokasi yang amat menarik kerana berhadapan dengan kedai makan HALAL - Hjh Basiroh, berdekatan dengan Pasar market Ben Thanh dan dekat  sangat night market Ben Thanh (  3 min jalan kaki ).
 



Sampai aje hotel kemas dan keluarkan barang-barang dari beg dan berehat sekejap, lepas tu apa lagi, pergi cari tempat makan lah. Kalu stay area sini merata-rata kedai makan halal, mmg tak susahla nak cari makan. Perut dah bunyik2, hari pertama kami  masuk restoran Hajah Basiroh. Kiranya restoran ni famous jugak dikalangan orang Malaysia dan menu sudah semestinya PHO...sesiapa yang ke HCM jgn lupa rasa beef noodle pho ni satu kemestian..sedap wooo....

Selepas menjamu selera, kami singgah menyinggah untuk bershopping, kiranya first day ni kami lebih survey harga dan tempat, semua kami jenguk Jamilah, Ramlah, Rohani, Minh Collection and Pasar Ben Tanh .Kami sempat juga ke Saigon Square semuanye walking distance aje..hehehe. Malam pertama disini dah berplastik kami shopping t-shirt hard rock lelong depan hotel  and beg dueter yg sangat berbaloi harganya. Seronok jugak shopping di Night Market Ben Thanh ni.


Berhadapan dengan hotel ada kopi vietnam yg sangat sedap ooze kopi, RM3 segelas.. setiap kali nak naik hotel wajib beli bekal minum kat bilik.. hehe...




to be continue ...

Thursday, 24 September 2015

Cerita Raya Kami... Aidilfitri 2015


Assalamualaikum semua...Hai semua.. #throwback cite raya 2015
orang lain rasanya dah lama corat coret pasal cerita raya masing2...,
rasanya tak terlambat lagi nak story pasal raya tahun ni.. hahaha....

Alhamdulillah tahun ni diberi lagi peluang beraya bersama keluarga tersayang kampung sendiri di Kuala Terengganu.. excited mestila boleh balik jumpa semua family kat kampung... ( balik tetap balik cuma bezakan ikut turn hari pertama Syawal kalu last year di Meru, Klang dulu...).

Mohon Maaf Zahir Batin buat semua, entry raya ini wajib sebab banyak gambar boleh dikongsi bersama... surela time raya la paling banyak selfie kan...

jom layan gambar raya kami!!....

Family Besar Kami.. wajib ambil setiap kali berkumpul...

Hazim turns 4!! @ Kidz & Creme

#throwback 9.6.2015

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to lovely hazim...
happy birthday to you....

happy birthday...happy birthday to sygku hazim.. hari ni genap 4 tahun.. buzzynya minggu ni..tapi ibu n ayah still kerja macam biasa.. ibu memamg tak sempat plan pape celebration kat school atau pon kat rumah.. melainkan kita kuar dinner bersama.. walaupon still kat office dlm fikiran ni still nak buat something special tuk hazim..fikir punya fikir last2... ayah suggest Kidz and Creme... yes.. exactly... lepas magrib kami terus zass ke sana...

Alhamdulillah 3rd Pregnancy, welcome to Adik Baby


Assalamualaikum.. lamanya menyepi dari sebarang activiti blogger ni bukan apa... sebab memang tak lalu nak ngadap lappy, nak tgk tab/hp pon malas... kerana symptoms 'Penyakit M'... balik keje terus melepek tak bermaya... but..

Wednesday, 27 May 2015

Nasi Arab Kabsa Noxxa

Nasi Arab  Kabsah Noxxa - (rempah Durra)

NASI ARAB
Bahan-bahan:
2 sdb minyak sapi
1 bawang besar holland - potong dadu
1 biji tomato
2 sdb rempah kabsa (Durra)
1 kuib ayam
1 sdb garam
1 kg beras basmati Pusa
1.4 liter air
1 paket kecil rempah tumis
3 helai daun rempah tumis ( bay leaves)
sedikit saffron

Lunch with besties at Chakri Palace KLCC

#throwback nye story.... Hari yang bosan, sunyi je kat office.. masing2 buzy kot... kerja kat office memang melambak2.. so buatla kerja macam biasa.. biasala kerja as web developer, wed designer nie ada kalanya berhari2 nak settle problem solving... kena byk sabar kena byk doa.. boleh naik stress la... grrr.. - nagis kejap-

Tengah2 stress tu, tetiba jer dapat wassap dari Ju (bff dr sekolah rendah..sampai skrg la) yang dia adea kat KL and ajak jumpa, wah menarik.. lagi pon dah lama x jumpa ju Mie and Ju. Dia  join ITEX 15, so group2 researcher ni diaorang present their research to  public. Ju ni lecturer kat Unisza .. jarang sgt kami jumpa sebb dia kat KT  sy plak kat sini. kadang time balik kg la kalu

Saturday, 23 May 2015

Hafiz and hazim, TAGS 2015 Sports Day!!

Assalam haii...! It has been more than a week since I last updated my blog. lately sibuk sikit.. Sibuk sikit. almost every week sejak balik kampung ada je activities, kerja kat opis pon x abis.. and tak pernah habis hehe.. Today, I just wanna share with you all gambar2 sukan my boys, Tadika Anakku Genius Soleh. In May memang biasanya musim sukan for kindergathen.

Sago Gula Melaka 2 mins with Noxxa

Sebut aje Sago Gula Melaka , siapa yang pernah rasa pasti terbayang2 kesedapan nikmatnye bila dapat makan time sejok2..serius sedap..nyummeh.. mulanye dok fikirlla camnela nak masak sago ni... bile dapt je resepi Sago Gula Melaka with Noxxa terus laju je nak cuba... Ya Allah senang, cepat dan sedap !!! wajib cuba...

Wednesday, 20 May 2015

Kek Gula Hangus noxxa

Bahan-bahan Untuk Gula Hangus:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu besar mentega

Cara Membuat Gula Hangus:
1. Masukkan gula pasir dan dan gula perang di dalam periuk. 
 Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih.
Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit, dan gelap sikit. Kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. 
 Berhati-hati dengan percikan gula panas. 
Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan 1  sudu besar mentega dan kacau lagi sehingga mentega mesra dan mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Bahan-bahan Untuk Kek:
1 sudu esen vanilla
1 cawan susu manis
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
2 sdk soda bikabonat 
*1 cawan tepung gandum – sy guna superfine
*1 sudu teh soda bikarbonat
* Disatukan dan diayak

Cara Membuat Adunan Kek:

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang.  
Bila telah kembang, masukkan 1 cawan susu pekat manis, dan kacau rata.

2.  Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat
 sedikit-sedikit dan perlahan-lahan dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.
4. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan esen vanilla, dan kacau rata.

5. Bila telah digaul rata, tuang dalam bekas bertutup.
Tutup 2 – 3 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.
.  Masukkan kertas minyak di dalam periuk.  
Tuang bancuhan kek ke atas kertas minyak tadi. 
3.  Tekan fungsi `STEAM’ 20m minit  dan tekan `On’. Tutup periuk dan set cap pada steam.

Monday, 11 May 2015

SRSS2Ladies Tea Party

  Reunion SS2 Mommies and kids Tea Party (#upsr1995)

Date: 9 May 2015
Day: Sunday
Place: E & O Residence Kuala Lumpur

Xsabar menanti tarikh ini, planning untuk "Reunion" student sekolah rendah dulu (#srss2ladies #upsr1995)..macam xpercaya tapi inilah realitinya. Tercetus idea ni sebab dah lama tak jumpa kawan2 sekolah rendah dulu, tapi  akhirnya jumpa kembali melalui whatapps group sekolah...bila masing2 dah buke cite lama, ingt balik kisah2 lama2, teringat zaman kelab koir, cikgu2 sekolah, suka duka membuatkan masing2 tersenyum dan tak sabar nak jumpa balik.. yerla almost 20 years kot ade yg tak jumpa.thanks a lot my frenz.
Tibalah hari yg dinanti2kan:

Gathering kali ni mini gathering je, hanya 9 yg available nak join gathering ni,almost yg stay kat KL n sorang dr Kuantan, thanks to kath kena sudi sponsoring the venue ( E&O Residence Kuala Lumpur) tempatnya sangat cantik.. x pernah sampai this area ni walaupn keje kat KL. haha jakun kejap...apartment 2 rooms, tempatnye sangat selesa, sesuai sgt bergathering dengan anak kecil/baby... agaknye kalu buat di mana2 kedai makan/restaurants mau kena halau dengan keriuhan suara kami n kids.. he he...

E&O Residence Kuala Lumpur Reception

Apartment 2 rooms .. Sinila tempat kami bergather2 cantikkan...

View Pool
Dari pagi masing2 dah excited nak jumpa ....so masing2 dah berwassap nak berkumpul  around 3 pm.. Kath confirmkan jam 3 dah boleh check in... So masing2 follow the plan, nad and sal prepared goodies and activities for kids, memandangkan semua bawa kids masing2, so kena la plan activities yang diaorg boleh buat sementara mummy2 bersembang2.. Sal dah prepared coloring books and nad was prepared the goodies( color-pencil,cakes,sweet,pencils).  so sweet...

 

Food? yes food we all decide buat portluck jer, lagi senang n mudah.. Ruzy was in-charge potlucks. Thanks Ruzy, tapi at last ruzy terpaksa tarik diri dari join this gathering coz his princess got fever. hukhuk.. sedih gak tapi tau her daugther mestila nak mommy nye time2 camni. Untuk food kami order pizza, spaghetti yg sangat sedap prepared by Nadh, air by Dd, mac & cheese yang awesome prepared by Nad, donut big apple dibeli oleh Sal,  sandwich yg teramat2 sedap dr Garsa kitchen order by Kath, cheese tart by myself. so mmg tip tip la semua foods yang dibawa ptg tu....siap tapau maana yg x abis.. byk kot food hari tu..

mommies & kids..pink and white theme

Portluck - Food mmg tip top
 sambil2 makan...borak2 makan lagi borak lagi... sambil tu kami buat exchange hadiah.. weee... bukan main excited masing2...yang best time ni ntah berapa kali cabut asyik dpt hadiah sendr.. hikhik... lebih 9 kali kot... and saya dapat hadiah dr Sal... wiewiewie Kain Sari dr India lagi thanks Sal..bolehla tempah tuk raya ni...yang lain2 ade skirt assh anas , neelofar hijab, adarabywhn  hijab ( nana founder adarabywhn) , shake n take, perfume victoria.. lain2 laagi lupe...yg pasti semua happy..



Selesai bergambar,kami bersalam-salaman dan bersurai dengan gembira. Syukran sahabat utk event ni yg penuh dgn "SwEet MemorY". Semasa bersama kalian ari tu ,teringat kenangan2 masa sekolah darjah1-6 kat SRSSII,Kuala Terengganu byk kenangan Manis & Pahit bersama kalian. Klu diingatkan balik,,pelbagai perasaan yg hadir (GEMBIRA + LUCU + KETAWA + SEDIH + MARAH krn t'lalu byk peristiwa2 yg telah berlaku)
.

hehe bye2.. 

Wednesday, 6 May 2015

Bersantai di Impiana Resort Cherating

 Yahooo....we have long weekend this week.. Cuti labour day and Wesak day + take annual leave 2 days makanya jadila cuti yang panjang dan menyeronotkan.. so we plan nak balik kampung halaman.jjcm dan lain2.. exciteddd okeyy..

Actually kami memang ada plan nak singgah di Cherating time otw balik KL, tapi hati berbelah bagi nak pergi or tak.. maklumla seronot sangat kat Kampung + dengan penat jadi mood nak bercuti kelaut la. So kami kemas/pack barang cam biasa dan gerak balik around 10 a.m, dalam perjlanan  balik kami singgah mkn satar di Warung Aziz Satar yg glamor tu. tibe2 en husband dpt mesej dari few friends yg jalan balik ke KL dah start jem.. apa lagi kami terus decided bermalam je di Cherating ..wah wah wah.. Yesss Impiana here we come!!!...tetiba terus excitedd... apalagi terus tapau satar banyak konon nak makan tepi pantai.

      


kami dah buat call booking, so murahla lg.. kalu dan2 tu gak baru nak booking 300++ juga ..huhu nasib baik!. kat Impiana ni byk room type, suite2 price dr RM200 - RM1200 terpulang kat  budget uolls.. lagi mahal lagi beso and lg lawa la biliknya..

Impiana Resort Cherating ni berkonsepkan tradisional...dari bangunan sampai la ke persekitaran nya...classic sungguh rasanya...kawasan hotel bersih.

Lobby.. Cantik kan..
Lobby lagi...



Alhamdulillah... kami sgt berpuas hati dgn service / layanan yang diberikan di kaunter lobby, kami dapat checkin awal.. around 11.30 am kami sampai and bilik pon dah ready...tp cuaca kat luar panass sgt so kami rehat2 tido2 dulu... kids dah excited sgt dah bila nampak pool n pantai...

Deluxe Room (Angsana Suite)


bukan main seronot menyembang, excitedd nak mandi pool







Sememangnya kids sgt enjoy.. ibu n ayah pon happy sama...mmg tujuan kami ke sini hanya untuk lepak2..santai2..relax2.. mmg best.. mandi laut..then terjun pool..then ke pantai balik..  jarak antara pantai dengan hotel sgt2 dekat lebih kurang 100meter.. yg bestnya impiana ni ada private beach, that why tu pantainye terjaga dan sgt  bersih...

untuk dinner mlmnya sy contact one of my best friend time kat maresma KT, Dina.. she stay around Kemaman.. mmg dah lama sangat tidak ketemu.. jadi kitaorg plan dinner sama2. Dan mmg ni kawasan dia so dia tau la mana nak mkn best2 n murah!!.. kami janji jumpa kat Petron, Geliga tak jauh dr Impiana Resort lebih kurang 10 mins.. then baru kami ke restoren Monica Bay, Kemaman
yang menghidangkan masakan thai yg superb sedap!



Kedai Kopi dimana tempat for breakfast .. overall hotel 4* mmg bestla mkn.. banyak pilihan..



Bye2 Cherating...jumpa lagi next time..


 IMPIANA RESORT CHERATING
KM 32 Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Pahang Darul Makmur,
Malaysia

nak booking, boleh ke website ini : http://cheratinghotels.impiana.com.my/ 
ataupun call ke no TEL: +60 (9) 581 9000 TOLL FREE: 1800 88 8828










Kundasang, Kota Kinabalu & Manukan Island Trip - Part 2


Part 2

27 September 2014

Hari yang paling excited.. Hari ni kami plan ke Manukan Island.. after breakfast kami terus ke jeti Jesselton yg tidak jauh dr hotel kami menginap.

Kos tambang bot + snorkeling di Pulau Manukan
  • Tambang bot ke Pulau Manukan : RM 23.00 ( umor 2 tahun ke bawah free cuma bayar jetty fee dan island fee saje)
  • Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
  • Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
  • Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah bersama, nak berkelah bersama keluarga sangat sesuai disini. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK. Selain Pulau Manukan, kita boleh ke Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Gugusan pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan dan menjadi tumpuan pelancong.

Bestnya hari tu kami bersnorkeling, kids plak mandi2 sampai main pasir pantai.. diorg sgt enjoy... mmg x puas pon walau seharian kat manukan island tu. Kami dah siap2 tapau food,so boleh mkn, mandi, makan, mandi...







Sunday, 3 May 2015

Kundasang, Kota Kinabalu & Manukan Island Trip - Part 1

Assalamualaikum...

Entry kali ni menceritakan ttg trip ke Sabah. Actually kami ke Sabah beberapa bulan lepas, tarikhnya 25-28 September 2014 with our besties, Sheila and families... Kami first time bercuti sama2 & ini merupakan percutian pertama kami ke Sabah!!..Jadinya, percutian ini memang amat-amat dinantikan  dah tentu-tentu la excited..

25 September 2014

Flight kami seawal 9.30 pagi, we decide park our car at Putrajaya Sentral, ambil erl to KLIA2, lebih jimat n mudah. Tiba di Kota Kinabalu Airport, disambut oleh pihak Kereta Sewa SABAH.
So kami just sewa kereta proton saga yg boleh muatkan 7 org ( 4 adults n 3 kids) cukup selesa buat kami menjelajah Kundasang - Kota Kinabalu selama 4D3N.
  • Tiba di airport Kota Kinabalu & breakfast kami terus bertolak ke Kundasang ( kami hanya menggunakan waze direct dr KK - Kundasang ), perjalanan mengambil masa lebih kurang 2.30hrs, view yang sangat cantik, sejuk, kebanyakkan tempat diselubungi awan.
  • Singgah cuci mata di Pekan Nabalu - tips bolehla beli ole2 disini ( lebih murah berbanding di pasar Philippine, KK.)
  • Tiba & Check in di TM Resort, Kundasang dan rehat. ( boleh nampak view Gunung Kinabalu yg sgt damai n cantik!!)

  • dinner time ! hasil google n our friends mencadangkan makan bihun sup yg sgt sedap/glamor di Kundasang ( Intan's Restoran & Cafe, Kundasang - berdekatan roundabout Pekan kundasang), seriously yess Bihun sup tu sgt2 sedap, recommended!!...  after dinner we all pusing2 pekan kundasang n balik tido!!..




26 September 2014

Second day kami di Sabah, seawal 7.00 pagi kami breakfast beranda bilik sambil menikmati view Kundasang yg sgt2 cantik, sejuk, bilik  Sheila bersebelahan dgn bilik kami so sambil borak2 sambil plan tour untuk hari tu..
  • Tour bermula dengan melawat Desa Dairy Farm, Kundasang
    Fee Desa Dairy Farm: RM4 per person
    Di Desa Dairy Farm wajib try ice cream, alhamdulillah sgt sedap, masih teringat2 kesedapan sampai ke hari ini...then barula activity snap2 gambar wajib tau hehe!!..

  • kemudian kami bertolak ke Kota Kinabalu, singgah cuci mata kali kedua di Pekan Nabalu
  • Singgah di Menara Tinjau Gunung Kinabalu ( tempat org nak mendaki gunung kinabalu), then kami ke Rumah Terbalik ( semuanya barang2 terbalik...kecuali toilet /cafe. Sampai di KK, kami lunch and check in di Hotel  Shangri-La  Kota Kinabalu ( government rate + buffet breakfast ) sgt selesa n berbaloi. then after Pusing2 bandar KK, cari port sesuai untuk dinner, harusla aim utama seafood. Sabah sgt  kaya dgn seafood yg byk/murah.

  • It's shoppim time!!... pasar malam di KK dibuka setiap hari,meriah , sinila jika mencari mutiara..kristal , ole2,  kuih cincin  pricenya jauh lebih murah dibandingkan dgn Pasar Philiphine.
  • Balik Hotel we all celebrate besday surprise  buat Mr Hubby, siap invite sheila n families join sekali.. of course kids yg paling excited.!!